KURIGA: Lebih 100 pelajar Nigeria yang diculik pada awal Mac lalu dibebaskan oleh tentera dan pulang ke komuniti mereka di negeri barat laut Kaduna pada Khamis.
Tentera Nigeria bertindak menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak AS$690,000.
Penculikan 287 pelajar pada 7 Mac di Kuriga adalah penculikan besar-besaran pertama di negara paling ramai penduduk di Afrika itu sejak 2021 apabila lebih 150 pelajar diambil dari sebuah sekolah menengah di Kaduna.
Penculikan pelajar di Nigeria bermula lebih sedekad lalu apabila kumpulan Boko Haram menculik 276 gadis dari sebuah sekolah di Chibok di timur laut negeri Borno.
Beberapa gadis masih belum dibebaskan.
Penculikan oleh kumpulan penjenayah yang menuntut wang tebusan telah menjadi kejadian biasa terutamanya di utara Nigeria, memecah belahkan keluarga dan komuniti yang terpaksa mengumpul simpanan untuk membayar wang tebusan.
Terdapat keluarga yang terpaksa menjual tanah, haiwan ternakan dan bijirin bagi menjamin pembebasan orang tersayang.
Astro Awani
Fri Mar 29 2024
Antara pelajar sekolah menengah yang berjaya diselamatkan tentera Nigeria. - Foto AP
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi diingatkan bawa kad pengenalan esok
Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), diingatkan untuk membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian, bagi memudahkan semakan nama serta memba
AWANI Borneo [10/05/2024] – Takziah | Fokus tugas menteri | Waspada!
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 10 Mei 2024
DUN Sarawak bertafakur peringati pemergian Mutang Tagal.
Sah! Armizan tidak sertai PRN Sabah, mahu fokus tugas menteri.
Mancha minta pemain bola sepak Sarawak jaga keselamatan.
#AWANInews
#AWANIBorneo 10 Mei 2024
DUN Sarawak bertafakur peringati pemergian Mutang Tagal.
Sah! Armizan tidak sertai PRN Sabah, mahu fokus tugas menteri.
Mancha minta pemain bola sepak Sarawak jaga keselamatan.
#AWANInews
Tujuh polis dikenakan tindakan bawah SOSMA
Enam pegawai kanan dan anggota polis yang sebelum ini ditahan berhubung kes pemerasan RM1.25 juta, direman semula selama 28 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA), bermula semalam.
[INFOGRAFIK] Datuk Mutang Tagal dalam kenangan
[INFOGRAFIK] Datuk Mutang Tagal dalam kenangan
Azam Baki junjung kasih YDP, ikrar integriti dalam tugasan
Azam juga berharap agar seluruh rakyat Malaysia serta jentera kerajaan, tanpa kompromi dapat berganding bahu bersama SPRM bagi memerangi jenayah rasuah di negara ini.
PRN Sabah: Tiada keperluan tanding DUN, fokus tugas menteri dan Ahli Parlimen - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
'Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya...' - Amy Search
Amy mempersoalkan tindakan Din dan Kid yang mengeluarkan album Rockology Search: Kid'Din Collection tanpa sebarang persetujuan mahupun perjanjian hitam putih.
Zahid nafi tawar individu jawatan Setiausaha Agung parti pada Pemilihan UMNO 2018
Ahmad Zahid berkata dakwaan yang ditimbulkan oleh individu itu, yang kini merupakan seorang pemimpin pembangkang serta dijadikan bahan kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu, adalah tidak benar.
Polis Sarawak siap siaga tangani aspek keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata yakin anggotanya cukup bagi menangani aspek keselamatan sepanjang berlangsungnya SUKMA 2024 di Sarawak
Pemain bola sepak Sarawak diminta jaga keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata menasihati pemain dari negeri itu agar meningkatkan kewaspadaan susulan kes serangan dan jenayah membabitkan pemain bola sepak.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.